Ahad, 30 Ogos 2026

Bahaya Tulang Ikan..JangannnNN


as salam, selamat berpuasa N selamat mengerjakan ibadah puasa dibulan yg mulia ini, sama2 kita mencari keberkatan dibulan yg mulia ini....

hari ke 2, berpuasa saya menyediakan juadah nasi kerabu, alhamdullilah first time buat dgn izin Allah menjadi, sesedap rasa... syukur En suami tersenyum sampai ke telinga this is my husb fav. 

bukan nak bercerita pasal nasi kerabu, nak bercerita yg Allah uji saya dibulan puasa pada kali ini, tetiba saya  tercekik tulang ya Allah punya lah sakit ;(



penyediaan mayb xteliti. di sini nak ingtkan bahawa setiap apa yg Allah kehendaki sure akan t'jadi. pengajaran buat saya, bukan nak kata

Pengalam menjadi IBU

Firstly dah lama x update blog,

Isnin, 13 Ogos 2012

Tutup kepala kawan2 ye ;)



Aurat wanita adalah menutupi kepala, melabuhkan pakaian, jgn menampakkan susuk tubuh badan kita dan mendedahkan sebahagian tubuh kita kpd org ramai.


Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara  


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

sesungguhnya perkara yang Allah larang adalah membuka aurat bagi kaum wanita, takutlah azab dari Allah, takutlah balasan di akhirat kelak, takut la bencana yg akn t'jdi jika kita ingkar padaNya.

sihat- Kita bersyukur sebab Allah sentiasa memberi kesihatan pada kita, meskipun kita membuka aurat, tidakkah kita berasa malu dgn Allah, sdgkan Allah still lagi menolong dalam beberapa perkara, tapi kita sikit pun tak ingat tentang kemungkaran Allah??? renungkan

sakit - tika kita sakit baru kita tahu kebesaran Allah, N mula kita rasa kita diuji N meminta disihatkan kembali seperti biasa, tika kita ingkar dengan Allah, adakah kita mengingatiNya??? 

muda- tika kita muda ni lah kita hendak mengumpul segala amalan yg baik N membuat amalan yg diredhai oleh Allah.

tua- jgn time tua kita rasa kita mengesal diwaktu muda kita, byk dosa2 yg telah kita lakukan, sesungguhnya masa itu emas, sgt merugikan jika kita mensia-siakan begitu saja.

kaya- waktu kita senang jgn sesekali melupakan rezeki dtg dari Allah, sentiasa bersyukur N jgn lupa bersedekah kepada org yg memerlukan.

miskin- jika Allah menarik balik pemberianNya jgn sesekali menyesal or baru ingat Allah itu maha berkuasa, sesungguhnya bersederhanalah dalam apa jua keadaan. Ingat Allah selalu

lapang - waktu kita senang jgn mensia-siakan masa ada, mencari ilmu sentiasa bgi mengisi ilmu didada utk kehidupan sebenar.

sempit - jika kita susah, kesibukan tiada masa utk kita mentelaah ilmu agama, maka jahillah kita disis Allah.

hidup sebelum mati - guna lah peluang yg ada sebaiknya, jgn mensia2kan hidup dengan perkara yg merugikan, sesungguhnya hidup lah kita berlandaskan islam. InsyaAllah kita tidak mensia2kan hidup kita, InsyaAllah.

Jumaat, 13 Julai 2012

JODOH




as salam, selamat pagi, mood update blog, sambil ddk buat kerja, tetiba ada idea nk taip satu cerita tntg JODOH.. cerita ni untuk yg belum berkahwin lagi.. pasal JODOH, MAUT, semua tu ditangan ALLAH kita hanya manusia biasa yang tiada kuasa apa2, hendaklah menyerahkan 100% kepada Allah, kerana Dia yg mengetahui mana yg terbaik untuk kita.

sesungguhnya solat istikharah adalah sgt2 penting kepada sesiapa yg belum menemui jodoh supaya ditetapkan olehnya calon yang sesuai N terbaik untuk setiap pasangan. percayalah, berdoa N yakin pada Allah supaya kita mendapat pasangan yang baik N boleh membimbing kita ke syurga kelak, apa yg berlaku kepada kita baik N buruk anggaplah itu adalah cobaan kita, apa2 pun kita kena tabah N kuatkan iman supaya kita tidak lalai, N sentiasa ingat bahawa segala2nya adalah Allah, supaya kita tahu kita sebagai hambaNya yg terlalu kerdil .

wallahualam

Rabu, 27 Jun 2012

Karnival Cinta Masjid Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah


as salam, pagi2 lagi t'kejut dari tdr, syukur dgn izin Allah, kalau x sebelum ni susahnya nak bagun awal, ni berkat baca doa tdr beserta bangun untuk bersahur...;)

sesaja update blog, bangun awal dapat keberkatan, see pnjg sangat masa sampai ada masa untuk update blog :).....pasal topik Karnival Cinta Masjid Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sebenarnya program tu dah lepas, siapa yg pergi tahniah sebab banyak sgt benefit yg dapat. Alhamdullilah suami saya suka kalau ada program mcm ni, nasib baik kira sehati sejiwa, boleh dia bawa saya ke karnival cinta masjid tu, nak berkongsi sebenarnya, saya pergi ke sana untuk dapatkan 2 buku yg saya rasa nak sangat baca kerana tergoda dengan promosi yg dibuat didalam tv al-hijrah, ternyata buku ini sangat bagus penceritaannya.. buku pertama " Takluk Hati Pasangan" kedua " 100 Pesanan Terakhir Rasulullah" harga sgt berpatutan kita semua mampu miliki, penceritaannya betul2 menusuk sampai kehati, keberkesanan buku ini, membuatkan saya praktikal dalam rumah tangga saya, alhamdullilah dengan izin Allah, saya dapat mengawal emosi jika ada sebarang masalah melanda... ecehhh....promosi memanjang, niat ikhlas sebenarnya nak berkongsi dengan semua org, nak tgk semua org bahagia ;)


melihat kepada buku dibawa, sebenarnya saya xhabis lagi membaca, akan tetapi isi dalam buku ini betul2 memberi banyak pengajaran. ilmu2 yang berguna supaya diikuti, that whay "Pesanan dari Rasulullah" antara tajuk2 yang terdapat dalam buku ini adalah

            1 ) Carilah rezeki pada awal pagi,
            2) Segerakan membayar hutang
            3) Tingginya darjat wanita solehah
            4) Pesanan untuk kaum wanita
            5) Pesanan untuk kaum lelaki
            6) Padah membuka aurat
            7) Ganjaran solat pada awal waktu
            8) Berzikir spanjang Ramadan
            9) Menjaga kesihatan cara Rasulullah
      10) Petua Rasulullah tidak pernah sakit


ini adalah antara tajuk yg hot, sebenarnya banyak lagi yg best2 utk kita buat rujukan, kawan2 ringankan tangan untuk mendapatkan ilmu yg berguna ni, buku ni hanya RM18 sahaja...


ummm sebelum saya nak berkongsi apa petua dari Rasulullah, suka saya nak highlight wall kat FB ustaz Azhar Idrus (original) : 

semua orang berhak berkongsikan kebaikkan dlm fb sekalipun dia baru nak merangkak dijalan membaiki diri..usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata2 nasihat atau artikel2 yg berfaedah, post sahaja..malaikat akan mecatat pahala anda..




ok kat sini saya nak berkongsi pada semua tntg petua Rasulullah yang xpernah sakit, antara amalan Rasulullah ialah :


          1) Tidak minum susu bersama daging
          2) Tidak makan daging bersama ikan
          3) Tidak makan ikan bersama susu
          4) Tidak makan ayam bersama susu
          5) Tidak makan ikan bersama telur
          6) Tidak makan ikan bersama daun salad
          7) Tidak minum susu bersama cuka
          8) Tidak makan buah bersama susu (koktel)


manakala antara amalan yang diajar didalam al-quran utk menjaga kesihatan adalah :


          1) Mandi pagi sebelum subuh, sekurang2nya sejam sebelum            
               matahari terbit. Air sejuk yg meresap ke dalam badan 
               dapat mengurangi penimbunan lemak.
  
          2) Amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Mujarabnya
              Insya-Allah akan terhindar dari penyakit(susah m'dpt sakit)


         3) Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur dan 
             memanjangkan bacaan zikir


         4) Sujud dpt m'gelakkan kita drpd sakit kpla@ migrain.
             
         5) Gunakan tangan kanan ketika makan dan apabila habis
             hdklah m'jilat jari. ahli saintis telah m'nemukan b'hwa enzim
             byk t'kndg di celah jari iaitu 10 kali ganda t'dpt dlm air liur. 


alhamdullilah selesai untuk berkongsian kali ini, insyll kalau ada masa nanti saya akan berkongsi banyak lagi ilmu2 berguna utk kita ikuti... insyll


Selasa, 26 Jun 2012

Mood Or Perangai??????


as salam, Hiiiiii... tetiba malam ni ada mood nak update blog, biarpun tengah mencari mood nak buat kerja. Ya Allah kenapa malas sgt nak buat kerja ni... padahal ada kerja untuk disiapkan... Assignment!!!! huh punya lah susah tapi main2 plk nak buat... nmpk sgt xserious nih,,,, ni lah ORG MELAYU. benda yg remeh2 buat main2, last minit baru kalut nak siapkan kerja, barulah hasil dia xberkualiti....ummmm mood or perangai nih,, nak kata xada mood, boleh jadi..nak kata perangai ni malas, xjugak..... apa maksud mood N perangai ye???   nak kata ikut mood, ada mood rajin N ada mood malas, huhuhu kita sdri yg decide sebenarnya, kalau nak berjaya kita ikut mood rajin, kalau xnak berjaya ikut mood malas (syaitan) hiii knpa syaitan ni suka sgt nak menghasut aduiii punye lah seksa kalau malas ni... faham2 la kita yg menaggung cz kalau tak buat lagi tu xsiap, mula la nak tension cz byk perkara yg nak difikirkan.. Ni la sikap manusia yg tak ada arah tuju.. kan mudah kalau kita ambil jalan selamat, buat apa yg kita nak, kemudia follow this flow, baru kita selamat, kalau x, mmg tension memanjang, N xlupa juga sentiasa berdoa moga kita diberkati olehNya supaya Dia tolong kita kearah kebaikan..

seronok tgk kalau muka confident, kan!!!!! biasalah nak sampai tahap ni, kena kuat N yakin kan diri yg kita ni boleh, huh!!!! kata2 semangat untuk terus SUCCESS. 

kan dah nampak hasilnya, senang N ceria je kalau dah dapat capai arah tuju yg kita nak, so seharusnya memiliki kekuatan yg jitu, tanamkan dalam diri kita nak yg terbaik dalam hidup, jangan lakukan perkara yg sia-sia... alangkah ruginya kalau ikutkan perasaan malas ni, kna kuat untuk berjaya, cayokkkkkk siti, "You can do it" huh!!!! kata2 smgt, ok lah nk smbg kerja hope lepas ni xada perasaan malas. okkk byeee nite..

Peace ;) sekiannnnnnnnnnnnn............


Khamis, 14 Jun 2012

Ubat Bersih Hati


Sekadar Perkongsian untuk kita semua :

1) Orang yg banyak dosa akan sentiasa resah - ustaz Pahrol

2) Orang yg gagal total ialah bila masuk neraka- ustaz Pahrol

3) Jika tidak dapat redha Allah alangkan sia sia nya hidup ini. Dosa dikaitkan dgn neraka.

4) Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.

5) Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmay

6) Hari ini mulakan tabiat mendenagr lebih dari bercakap dan jangan sekali kali memotong seseorang sedang bercakap. Jom mulakan dan disiplinkan diri selama 21 hari insyaAllah jadi tabiat

7) Katakan 'saya sayang anda' dua kali sehari pada isteri atau suami dan lihat bagaimana hubungan akan berubah

8) Untuk lebih berkesan dalam hidup setiap kali kita mengeluarkan wang jangan tanya HARGA barang itu tapi NILAI kita dapat dari apa yang kita beli. Kebanyakan kita tersilap dgn membayar harga mahal untuk benda yang tidak membawa nilai kepada pembangunan minda dan diri kita. KAum wanita audit berapa kita belanjakan kepada benda yang menambah barang fizikal dan untuk orang lain lihat. Cuba audit berapa kita belanja untuk menambah ilmu utk meningkat kualiti kehidupan. Berapa buku kita beli yang mungkin berharga 40 ringgit TETAPI DGN MEMBACA BUKU FOKUS KITA BERUBAH DAN EMOSI berubah dan kualiti kehidupan berubah. sama kita audit. Prepaid kita melebiihi 40 tetapi lihat apakah niali kita dapat dari prepaid. Jika hanya sms yg mungkin tidak perlu alangkah ruginya masa dan kewangan kita

9) Wang digunakan untuk kita selesa dan menjadi lebih kreatif dalam memberi manafaat dan menolong orang lain tanpa kita ada bersama mereka. Bukan untuk bermegah megah atau menunjuk nunjuk. Alangkah ruginya duit yang kita dikurniakan Allah membeli pakaian yang mencari murka Allah walau jenama mewah tapi diakhirat mendapat penyeksaan. KAum wanita jom fokus jadi isteri taat dan para suami jaga jgn ego dan lihat isteri sebagai tempat mencari pahala dan kenangkan betapa mereka mengandung dan mnyusu anak anak dan pengorbanan mereka

10) Bila hubungan dgn Allah rapuh mula timbul ego dan kesombongan. Jika kita solat tetapi sombong muhasabah solat kita.

11) Alangkah indahnya kalau semua orang mencari ilmu ugama dan mengamalkannya dan timbullha akhlak yang baik

12) Buang semua kebencian didalam hati kita dan lihat bagaimana hidup kita akan berubah bila emosi kita berubah

14) Apabila kita sangat memerlukan manusia bererti rapuh kebergantungan dan keyakinan pada Allah . Tingkatkan takwa insyaAllah perkara dunia menjadi kecil dan agenda akhiratbmenjadi matlamat. Lihatbsemua perkara darimperspektif akhirat dan bayangkan timbangan dipadang mahsyar setiap hari dalam semua status facebook dan amalan kita

15) Sebelum makan dan selepas makan kena minta ampun dpn Allah kerana sepanjang tempoh makan, hati lalai dlm mengingati pemberi rezeki dan nikmat...

sumber dari - prof dr. Muhaya