as salam, alhamdullilah berkesempatan update blog lagi...kawan2 saya suka sgt untuk berkongsi mengajak rakan2 untuk melakukan perkara yg disukai oleh Allah, saya bukan nak tunjuk diri ini perfect sangat but sekadar perkongsian saja, xsalah kalau kita memperingati sesama kita, sesama islam. manisnya, indahnya islam sebenarnya... xsalah kalau diri ini ditutupi, dilindungi dengan pakaian yg indah asalkan pakaian itu menutupi seluruh tubuh kita, jgn menampakkan sedikit kulit tubuh kita kepada org yg bukan sepatutnya melihat..RUGI - RUGI. kalau diri belum berkahwin kita sendiri yg menaggung dosa tersebut, jika dah berkahwin suami kita akan menaggung selagi dia hidup..masyaAllah andai tahu apa balasannya, rasa semua org xnak melakukan tetapi masalah sekarang semua org tahu kenapa masih melakukannya!!!!!! kawan2 tahu tak:-
MENAMPAKKAN PERHIASAN
Diharamkan
bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan
yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri.
Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya”
(An-Nur: 31)
Sehingga
bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada
tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu.
Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah dengan
berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka
yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan
perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.
Ada
pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak,
minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau
mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka kepada
para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa
pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh
ulama.
yg ni saya copy n paste dlm internet untuk rujukan semua, moga kita mendapat hidayah dari Allah S.W.T
1) balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..
2) dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
3) betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…….
Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah
mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2
yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam
kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor
ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan.
Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan
dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2
faraj perempuan2 itu sehingga hancur.
Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda
mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung
buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka
dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka
akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala
dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali
sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari
kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah
tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana
tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti
sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa.
Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat
dan mengerikan itu.
Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki
ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun
akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di
dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.
untuk diri saya juga n moga kita semua mendapat kebaikan bersama, w'salam