Khamis, 14 Jun 2012

Ubat Bersih Hati


Sekadar Perkongsian untuk kita semua :

1) Orang yg banyak dosa akan sentiasa resah - ustaz Pahrol

2) Orang yg gagal total ialah bila masuk neraka- ustaz Pahrol

3) Jika tidak dapat redha Allah alangkan sia sia nya hidup ini. Dosa dikaitkan dgn neraka.

4) Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.

5) Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmay

6) Hari ini mulakan tabiat mendenagr lebih dari bercakap dan jangan sekali kali memotong seseorang sedang bercakap. Jom mulakan dan disiplinkan diri selama 21 hari insyaAllah jadi tabiat

7) Katakan 'saya sayang anda' dua kali sehari pada isteri atau suami dan lihat bagaimana hubungan akan berubah

8) Untuk lebih berkesan dalam hidup setiap kali kita mengeluarkan wang jangan tanya HARGA barang itu tapi NILAI kita dapat dari apa yang kita beli. Kebanyakan kita tersilap dgn membayar harga mahal untuk benda yang tidak membawa nilai kepada pembangunan minda dan diri kita. KAum wanita audit berapa kita belanjakan kepada benda yang menambah barang fizikal dan untuk orang lain lihat. Cuba audit berapa kita belanja untuk menambah ilmu utk meningkat kualiti kehidupan. Berapa buku kita beli yang mungkin berharga 40 ringgit TETAPI DGN MEMBACA BUKU FOKUS KITA BERUBAH DAN EMOSI berubah dan kualiti kehidupan berubah. sama kita audit. Prepaid kita melebiihi 40 tetapi lihat apakah niali kita dapat dari prepaid. Jika hanya sms yg mungkin tidak perlu alangkah ruginya masa dan kewangan kita

9) Wang digunakan untuk kita selesa dan menjadi lebih kreatif dalam memberi manafaat dan menolong orang lain tanpa kita ada bersama mereka. Bukan untuk bermegah megah atau menunjuk nunjuk. Alangkah ruginya duit yang kita dikurniakan Allah membeli pakaian yang mencari murka Allah walau jenama mewah tapi diakhirat mendapat penyeksaan. KAum wanita jom fokus jadi isteri taat dan para suami jaga jgn ego dan lihat isteri sebagai tempat mencari pahala dan kenangkan betapa mereka mengandung dan mnyusu anak anak dan pengorbanan mereka

10) Bila hubungan dgn Allah rapuh mula timbul ego dan kesombongan. Jika kita solat tetapi sombong muhasabah solat kita.

11) Alangkah indahnya kalau semua orang mencari ilmu ugama dan mengamalkannya dan timbullha akhlak yang baik

12) Buang semua kebencian didalam hati kita dan lihat bagaimana hidup kita akan berubah bila emosi kita berubah

14) Apabila kita sangat memerlukan manusia bererti rapuh kebergantungan dan keyakinan pada Allah . Tingkatkan takwa insyaAllah perkara dunia menjadi kecil dan agenda akhiratbmenjadi matlamat. Lihatbsemua perkara darimperspektif akhirat dan bayangkan timbangan dipadang mahsyar setiap hari dalam semua status facebook dan amalan kita

15) Sebelum makan dan selepas makan kena minta ampun dpn Allah kerana sepanjang tempoh makan, hati lalai dlm mengingati pemberi rezeki dan nikmat...

sumber dari - prof dr. Muhaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan