Ahad, 11 Mac 2012

JOm Melukis










As salam, mcm biasa update blog... baru balik dari MPH kepenatan, minat punya pasal lepas je membaca buku mari melukis, cepat2 capai pen n kertas try utk melukis.. :) jeng jeng jeng.... lihat hasil lukisaku ini sama x..... nk tgk lebih jelas try double klik kat gmbr bawah ;), sebijik kan sama mcm gambar di atas.. darah seni kata kannn keh keh keh :) belagak plakkk siti ni... gurau je..

Cerita disebalik buku ini adalah betapa penting untuk kita semua tahu "kenapa kita perlu pandai melukis" mengikut huraian yg ditulis dlm buku ini adalah :- Sekiranya anak-anak anda mempunyai kemahiran melukis atau melakar, mereka mampu berkomunikasi secara visual dengan lebih berkesan. Idea-idea bernas dan kreatif dapat disampaikan dengan lebih baik dan mudah. Ini akan memberi kelebihan kepada anak ANDA untuk lebih maju dan berdaya saing. Anak2 perlu didedahkan dari kecil untuk menggunakan kemahiran melukis atau melakar sebagai alat konunikasi visual asas. 

Nah apa lagi bagi yg mempunyai ank2 kecil cepat2 didik mereka untuk pandai melukis, patut la kita tengok kat sekolah ada je benda baru yg diajar , kita selalu tengok anak2 kecil bawa balik lukisan yang dihasilkan disekolah . Bagi ibubapa yg tidak mengetahui apa fungsi lukisan itu, confirm ckp "apa la, pergi sekolah asyik2 lukis, asyik2 lukis, xmengajar ke cikgu nih, pemalas betul cikgu zaman sekarang nih, no no no jgn ckp sebarangan ... bagi yang tidak mengetahui cara beginilah untuk mendidik anak kita menjadi manusia yg kreatif n pandai segala2nya, betapa pentingnya pendidikan sekarang ini, seeloknya hantar la ank kesekolah daripada hantar kat pengasuh (iklan yg x berbayar).... byk sgt ilmu yg ada dalam buku ni , tak rugi siapa yg banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan, walaupun benda ini untuk anak2 kita but kita sendiri boleh mempelajarinya...sama2 kita mencari ilmu...

Step-step penting untuk mengajar anak melukis
 1) Melakar titik
 2) Melakar Garisan
 3) Melakar Bentuk dua dimensi (2D)
 4) Melakar Bentuk tiga dimensi (2D)

sama2 kita mempelajarinya, syok jugak melukis ni  "JOM MELUKIS "

2 ulasan:

  1. Ni anak yg belajar melukis ke mak yang belajar ni? Hheee....

    BalasPadam
  2. uit mak yg lebih sebenarnya excited punya pasal hehhehe

    BalasPadam