Rabu, 27 Jun 2012

Karnival Cinta Masjid Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah


as salam, pagi2 lagi t'kejut dari tdr, syukur dgn izin Allah, kalau x sebelum ni susahnya nak bagun awal, ni berkat baca doa tdr beserta bangun untuk bersahur...;)

sesaja update blog, bangun awal dapat keberkatan, see pnjg sangat masa sampai ada masa untuk update blog :).....pasal topik Karnival Cinta Masjid Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sebenarnya program tu dah lepas, siapa yg pergi tahniah sebab banyak sgt benefit yg dapat. Alhamdullilah suami saya suka kalau ada program mcm ni, nasib baik kira sehati sejiwa, boleh dia bawa saya ke karnival cinta masjid tu, nak berkongsi sebenarnya, saya pergi ke sana untuk dapatkan 2 buku yg saya rasa nak sangat baca kerana tergoda dengan promosi yg dibuat didalam tv al-hijrah, ternyata buku ini sangat bagus penceritaannya.. buku pertama " Takluk Hati Pasangan" kedua " 100 Pesanan Terakhir Rasulullah" harga sgt berpatutan kita semua mampu miliki, penceritaannya betul2 menusuk sampai kehati, keberkesanan buku ini, membuatkan saya praktikal dalam rumah tangga saya, alhamdullilah dengan izin Allah, saya dapat mengawal emosi jika ada sebarang masalah melanda... ecehhh....promosi memanjang, niat ikhlas sebenarnya nak berkongsi dengan semua org, nak tgk semua org bahagia ;)


melihat kepada buku dibawa, sebenarnya saya xhabis lagi membaca, akan tetapi isi dalam buku ini betul2 memberi banyak pengajaran. ilmu2 yang berguna supaya diikuti, that whay "Pesanan dari Rasulullah" antara tajuk2 yang terdapat dalam buku ini adalah

            1 ) Carilah rezeki pada awal pagi,
            2) Segerakan membayar hutang
            3) Tingginya darjat wanita solehah
            4) Pesanan untuk kaum wanita
            5) Pesanan untuk kaum lelaki
            6) Padah membuka aurat
            7) Ganjaran solat pada awal waktu
            8) Berzikir spanjang Ramadan
            9) Menjaga kesihatan cara Rasulullah
      10) Petua Rasulullah tidak pernah sakit


ini adalah antara tajuk yg hot, sebenarnya banyak lagi yg best2 utk kita buat rujukan, kawan2 ringankan tangan untuk mendapatkan ilmu yg berguna ni, buku ni hanya RM18 sahaja...


ummm sebelum saya nak berkongsi apa petua dari Rasulullah, suka saya nak highlight wall kat FB ustaz Azhar Idrus (original) : 

semua orang berhak berkongsikan kebaikkan dlm fb sekalipun dia baru nak merangkak dijalan membaiki diri..usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata2 nasihat atau artikel2 yg berfaedah, post sahaja..malaikat akan mecatat pahala anda..




ok kat sini saya nak berkongsi pada semua tntg petua Rasulullah yang xpernah sakit, antara amalan Rasulullah ialah :


          1) Tidak minum susu bersama daging
          2) Tidak makan daging bersama ikan
          3) Tidak makan ikan bersama susu
          4) Tidak makan ayam bersama susu
          5) Tidak makan ikan bersama telur
          6) Tidak makan ikan bersama daun salad
          7) Tidak minum susu bersama cuka
          8) Tidak makan buah bersama susu (koktel)


manakala antara amalan yang diajar didalam al-quran utk menjaga kesihatan adalah :


          1) Mandi pagi sebelum subuh, sekurang2nya sejam sebelum            
               matahari terbit. Air sejuk yg meresap ke dalam badan 
               dapat mengurangi penimbunan lemak.
  
          2) Amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Mujarabnya
              Insya-Allah akan terhindar dari penyakit(susah m'dpt sakit)


         3) Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur dan 
             memanjangkan bacaan zikir


         4) Sujud dpt m'gelakkan kita drpd sakit kpla@ migrain.
             
         5) Gunakan tangan kanan ketika makan dan apabila habis
             hdklah m'jilat jari. ahli saintis telah m'nemukan b'hwa enzim
             byk t'kndg di celah jari iaitu 10 kali ganda t'dpt dlm air liur. 


alhamdullilah selesai untuk berkongsian kali ini, insyll kalau ada masa nanti saya akan berkongsi banyak lagi ilmu2 berguna utk kita ikuti... insyll


Selasa, 26 Jun 2012

Mood Or Perangai??????


as salam, Hiiiiii... tetiba malam ni ada mood nak update blog, biarpun tengah mencari mood nak buat kerja. Ya Allah kenapa malas sgt nak buat kerja ni... padahal ada kerja untuk disiapkan... Assignment!!!! huh punya lah susah tapi main2 plk nak buat... nmpk sgt xserious nih,,,, ni lah ORG MELAYU. benda yg remeh2 buat main2, last minit baru kalut nak siapkan kerja, barulah hasil dia xberkualiti....ummmm mood or perangai nih,, nak kata xada mood, boleh jadi..nak kata perangai ni malas, xjugak..... apa maksud mood N perangai ye???   nak kata ikut mood, ada mood rajin N ada mood malas, huhuhu kita sdri yg decide sebenarnya, kalau nak berjaya kita ikut mood rajin, kalau xnak berjaya ikut mood malas (syaitan) hiii knpa syaitan ni suka sgt nak menghasut aduiii punye lah seksa kalau malas ni... faham2 la kita yg menaggung cz kalau tak buat lagi tu xsiap, mula la nak tension cz byk perkara yg nak difikirkan.. Ni la sikap manusia yg tak ada arah tuju.. kan mudah kalau kita ambil jalan selamat, buat apa yg kita nak, kemudia follow this flow, baru kita selamat, kalau x, mmg tension memanjang, N xlupa juga sentiasa berdoa moga kita diberkati olehNya supaya Dia tolong kita kearah kebaikan..

seronok tgk kalau muka confident, kan!!!!! biasalah nak sampai tahap ni, kena kuat N yakin kan diri yg kita ni boleh, huh!!!! kata2 semangat untuk terus SUCCESS. 

kan dah nampak hasilnya, senang N ceria je kalau dah dapat capai arah tuju yg kita nak, so seharusnya memiliki kekuatan yg jitu, tanamkan dalam diri kita nak yg terbaik dalam hidup, jangan lakukan perkara yg sia-sia... alangkah ruginya kalau ikutkan perasaan malas ni, kna kuat untuk berjaya, cayokkkkkk siti, "You can do it" huh!!!! kata2 smgt, ok lah nk smbg kerja hope lepas ni xada perasaan malas. okkk byeee nite..

Peace ;) sekiannnnnnnnnnnnn............


Khamis, 14 Jun 2012

Ubat Bersih Hati


Sekadar Perkongsian untuk kita semua :

1) Orang yg banyak dosa akan sentiasa resah - ustaz Pahrol

2) Orang yg gagal total ialah bila masuk neraka- ustaz Pahrol

3) Jika tidak dapat redha Allah alangkan sia sia nya hidup ini. Dosa dikaitkan dgn neraka.

4) Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.

5) Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmay

6) Hari ini mulakan tabiat mendenagr lebih dari bercakap dan jangan sekali kali memotong seseorang sedang bercakap. Jom mulakan dan disiplinkan diri selama 21 hari insyaAllah jadi tabiat

7) Katakan 'saya sayang anda' dua kali sehari pada isteri atau suami dan lihat bagaimana hubungan akan berubah

8) Untuk lebih berkesan dalam hidup setiap kali kita mengeluarkan wang jangan tanya HARGA barang itu tapi NILAI kita dapat dari apa yang kita beli. Kebanyakan kita tersilap dgn membayar harga mahal untuk benda yang tidak membawa nilai kepada pembangunan minda dan diri kita. KAum wanita audit berapa kita belanjakan kepada benda yang menambah barang fizikal dan untuk orang lain lihat. Cuba audit berapa kita belanja untuk menambah ilmu utk meningkat kualiti kehidupan. Berapa buku kita beli yang mungkin berharga 40 ringgit TETAPI DGN MEMBACA BUKU FOKUS KITA BERUBAH DAN EMOSI berubah dan kualiti kehidupan berubah. sama kita audit. Prepaid kita melebiihi 40 tetapi lihat apakah niali kita dapat dari prepaid. Jika hanya sms yg mungkin tidak perlu alangkah ruginya masa dan kewangan kita

9) Wang digunakan untuk kita selesa dan menjadi lebih kreatif dalam memberi manafaat dan menolong orang lain tanpa kita ada bersama mereka. Bukan untuk bermegah megah atau menunjuk nunjuk. Alangkah ruginya duit yang kita dikurniakan Allah membeli pakaian yang mencari murka Allah walau jenama mewah tapi diakhirat mendapat penyeksaan. KAum wanita jom fokus jadi isteri taat dan para suami jaga jgn ego dan lihat isteri sebagai tempat mencari pahala dan kenangkan betapa mereka mengandung dan mnyusu anak anak dan pengorbanan mereka

10) Bila hubungan dgn Allah rapuh mula timbul ego dan kesombongan. Jika kita solat tetapi sombong muhasabah solat kita.

11) Alangkah indahnya kalau semua orang mencari ilmu ugama dan mengamalkannya dan timbullha akhlak yang baik

12) Buang semua kebencian didalam hati kita dan lihat bagaimana hidup kita akan berubah bila emosi kita berubah

14) Apabila kita sangat memerlukan manusia bererti rapuh kebergantungan dan keyakinan pada Allah . Tingkatkan takwa insyaAllah perkara dunia menjadi kecil dan agenda akhiratbmenjadi matlamat. Lihatbsemua perkara darimperspektif akhirat dan bayangkan timbangan dipadang mahsyar setiap hari dalam semua status facebook dan amalan kita

15) Sebelum makan dan selepas makan kena minta ampun dpn Allah kerana sepanjang tempoh makan, hati lalai dlm mengingati pemberi rezeki dan nikmat...

sumber dari - prof dr. Muhaya



Selasa, 12 Jun 2012

JAGA AURAT - TAKUTLAH AZAB ALLAH


as salam, alhamdullilah berkesempatan update blog lagi...kawan2 saya suka sgt untuk berkongsi mengajak rakan2 untuk melakukan perkara yg disukai oleh Allah, saya bukan nak tunjuk diri ini perfect sangat but sekadar perkongsian saja, xsalah kalau kita memperingati sesama kita, sesama islam. manisnya, indahnya islam sebenarnya... xsalah kalau diri ini ditutupi, dilindungi dengan pakaian yg indah asalkan pakaian itu menutupi seluruh tubuh kita, jgn menampakkan sedikit kulit tubuh kita kepada org yg bukan sepatutnya melihat..RUGI - RUGI. kalau diri belum berkahwin kita sendiri yg menaggung dosa tersebut, jika dah berkahwin suami kita akan menaggung selagi dia hidup..masyaAllah andai tahu apa balasannya, rasa semua org xnak melakukan tetapi masalah sekarang semua org tahu kenapa masih melakukannya!!!!!! kawan2 tahu tak:-

MENAMPAKKAN PERHIASAN
Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya”
(An-Nur: 31)

Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.
Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak, minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.

yg ni saya copy n paste dlm internet untuk rujukan semua, moga kita mendapat hidayah dari Allah S.W.T

1) balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..

2) dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

3) betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…….

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.

untuk diri saya juga n moga kita semua mendapat kebaikan bersama, w'salam

Rabu, 6 Jun 2012

Tudung OH Tudung


as salam, ada masa update blog.. tetiba bercerita pasal tudung..tudung oh tudung, kita sebagai org islam hendaklah menutup aurat.. tidak kira mcm mana sekali pun, janji tidak menampakkan sehelai rambut pun. terpulang kepada individu mcm mana nak menggayakan tudung...

saya tidak terlepas daripada fesyen tudung, suka sgt, bermacam2 fesyen sekarang ni, cantikkk je tgk org pakai, kalau sdri nak pakai huhhuhuh... rasa tidak secantik yg kita tgk...arghhh diri sdri xcantik mcm mana nak nmpk cantik seperti yg kita tgk..upssss.... silap statement plk, bukan xcantik, mayb xsesuai dengan berfesyen cara mcm tu... syukur Allah sempurnakan rupa paras itu sudah memadai..at least bersyukur kerana tak ada nak membazir duit untuk beli pelbagai2 tudung ;)....

bercakap pasal tudung, harga xpayah nak cakap ada yg murah N ada yg mahal..yg mahal mmg cantik, kalau kita xcantik sekalipun pakai yg mahal menampakkan aura tudung tu ;) lagi nmpk cantik, tetapi bukan semua tudung mcm tu. ummm suami saya xkisah sebenarnya tudung mcm mana skali pun janji menutup bahagian dada... lagi cantik tudung mcm ni suami saya suruh pakai :-


owh ya Allah nampak cantiknyeee jika boleh pakai sedemikian, confirm suami saya sayang tahap gabang he3, kak wardina mohon share gambar ni if akak t'baca blog ni, if la.... cantik kan dia..saya pun suka dia. :) oh kita bercakap pasal tudung tadi kan, ok sambung!!!

suami saya suka jika saya pakai tudung mcm kak wardina ni, ummm biasa la zaman sekarang ramai yg pakai tudung2 glomour.. tapi suami saya xbagi jika xmenutup dada, ummmm agak kecewa, tapi saya kena ikut cakap suami, so simpan hasrat je lah nak pakai tudung mahal2 n glomour2 hehe xapa dapat pahala, N saya xberdosa cz menutup bahagian dada, itu menepati citarasa Islam sebenar...

the point is, sebenarnya saya nak cakap saya baru beli tudung bawal ;) murah lagi RM15, kat pasar malam, ummm boleh tahan cantik huhuhu ada hikmah jugk suami saya xbagi beli tudung mahal2, bygkan dengan beli sehelai tudung yg mahal, saya boleh beli tudung bawal yg boleh menutup bahagian dada dalam 10 helai berbanding beli yg mahal ;) mcm2 gaya yg saya boleh kenakan...byk warna yg saya boleh pakai..alhamdullilah saya tidak membazir N tidak dapat dosa free free..

saya bukan nk compare mana2 tudung, saya just bercerita pasal tudung, hope lepas ni xada org yg nak hentam saya he3..just cerita bual2 kosong ;)

jeng jeng tudung baru saya



 ha, sekadar berkongsi dengan rakan2 je...sesaja nak bercerita..ok lah nak sambung buat kerja mood dah datang...nantiii semua kerja xsiap kalau mengadap laptop :)

w'salam

Selasa, 5 Jun 2012

PELIHARA HATI (JAGALAH HATI)


Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya illahi

Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih

Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk

Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh

Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit


JAGALAH HATI
Lirik & Lagu : Aa Gym
Arr music : Reza Ramsey, MD Ruhanda
Arr. Vocal : P. Rusli


as salam... pepagi lagi kita semua berkaraoke lagu "jaga lah hati".. ada tersurat n tersirat disebalik lagu ini.. tetiba nak update blog pasal hati... susahnyeee nak jaga hati ni.. nak jaga hati, xnak bagi kotor, nak bersih kan hati means biar peragai tu jadi baik... kita semua ni tak akan terlepas dari godaan syaitan, syaitan sdri dah berjanji dgn Allah dia akan m'ggu ummat nabi Muhammad smpi keakhir hayat..huh!!!! besar betul cubaan hidup ini kan..

baru nak berubah ada je yg menghasut dengan secara halus, ya Allah peliharalah hati ini, jgn bagi syaitan yg jahat menguasai hati ummat islam ni.. kita sdri tidak sedar perbuatan kita ni iklas @ tidak, bukan senang nak menghayati sesuatu perkara, kalau hati kita betul2 bersih apa yg datang kita sure boleh menangani dengan mudah.

siapa yang boleh mengubah kita??? of couse Allah s.w.t perbanyakkan zikir, berdoa, ingt pada Allah selalu, bersyukur apa yg ada, n jgn sesekali merungut @ tidak puas hati dengan kehidupan sekarang. kita sebagai hambaNya patut bersyukur diberi kehidupan percuma n jgn sesekali mensia2 kan peluang yg ada, jom kawan2 sama2 kita mengenali Islam, Islam itu indah... bukan satu penyiksaan tetapi satu keindahan buat kita yg sentiasa bersyukur...

nak bercerita lebih, saya xarif sangat sekadar perkongsian bersama mana yg ada, sama2 kita memperingati antara satu sama lain, cz kadang2 kita terlupa, kita ibarat bateri hf, kalau x di caj confirm xakan berfungsi..so sama2 kita caj diri kita dengan ilmu2 yg berguna supaya kita menjadi ummat islam yg sejati...

ok lah sekadar perkongsian sama2 kita mencari kebaikan n sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t ;)

Sabtu, 2 Jun 2012

LoVe




hiiiii as salam semua..disebabkan mata x mengantuk lagi, nak buat kerja malas lagi, mood ddk layan blog..hari ini tetiba nak bercerita pasal LOVE, semua org tahu apa itu LOVe...love adalah rasa sayang kita pada seseorang, rasa cinta kita pada seseorang, betapa besar N agungnya kuasa Allah kerana memberi kita perasaan itu. ini pendapat saya, jika anda yg membaca kurang setuju xapa, saya tidak marah or kata apa2 cz masing2 punya pendapat yg berbeza..kita tiada hak nak halang mana2 pendapat.. saya saja nak luahkan apa itu maksud LOve....

apa itu LOVE.. perasaan love sangat meluas, sgt sukar untuk ditafsirkan, kadang perasaan itu tidak kita duga, tidak kita minta, dia datang bagaikan irama dan lagu..hahha betul ke x..;) LOve perasaan kasih sayang yg tidak boleh digambarkan... rasa sayang seperti ibarat nyawa kita...  cth : saya sayang dia, saya suka dia, saya cinta dia.. sukar diukir dgn kata2....

yg penting kita mesti bersyukur kepadaNya kerana mempunyai perasaan LOVE, bukan semua org berjiwa suci punye perasaan kasih sayang... kasih sayang yg begitu halus untuk kita menilainya... yg penting saya sayang dia :) saya cinta dia ;) itu lah yg ada dalam jiwa saya..LOVE LOVE LOVe N LOVE :)