As salam, seperti biasa update blog, huh!!! kena ambik mood jugak nak berblog ni ya, kadang ada masa free mls plk nak taip, padahal ada je idea2 or cerita2 baru nak dikongsikan..ni pun kena cari mood, nasib baik my hubby blm tdr at least ada org temankan kita, biasa lah wktu kul8-11pm sibuk nak buat itu ini, nk kena msk lagi, mkn lgi, solat, main dgn anak, buat itu, buat ini, tut tut dah kul 12am, kn dah lwt, nasib baik dtg mood nk berblog... sja nak berkongsi bahawa SAYA HAPPY IF SAYA DIBERI PELUANG MENJADI SURI RUMAHTANGGA. knpa saya berkata sedemikian, byk faktor2, n benefit yg saya dapat.. saya bersyukur sgt2, saya percaya pada satu perkara "if dugaan dtg pada kita, itu bukan bala or Allah xsayang kita, kerana tanya izinNya maka kita tidak menjadi sedemikian" maksud saya disini jika berlaku apa2, Allah nak bagi benda istimewa or bnda yg kita tdk sgka akan terjadi kerana setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah nya....
Knpa saya berkata sedemikian, kerana contah dah ada pada saya, sebelum ini saya bekerja dari pagi sampai petang, langsung tidak abaikan tanggungjawab saya pada suami dan anak, n yg sedih lagi balik kerja suami terpaksa tanggung beban saya, kerana saya selalu menceritakan masalah di office,dan anak2 plak yg jadi mangsa, anak sikit pun tidak dapat kasih sayang dari ayah malahan dari maknya sendiri, dah lah balik kerja kadang2 sampi kul 10pm, kejam betul rasanya hidup ini kan, but kita jgn salahkan takdir semata2. Kerana Allah tidak mengubah nasib seseorang, kita sendiri yang mengubah nasib kita, sama ada nak hidup dengan tenang or bermasalah.... so fikir2....
saya tidak berpendapat kaum hawa tidak usah bekerja, cuma yg mana mempunyai minat mendalam n mempunyai bakat yg tersendiri untuk meneruskan bidang career teruskan, Syabas diucapkan Insyll dengan usaha yg setimpal akan memperoleh kejayaan yg membanggakan, Insyll...
cuma saya ingin berkongsi , setelah beberapa bulan saya tidak bekerja, pada mulanya hidup bagaikan kosong, rasa hidup tiada maknanya kerana kita tidak bergaul dengan masyarakat luar, sering kali berdoa moga mendapat sesuatu yg terbaik dalam hidup, alhamdullilah akhirnya saya mendapat jawapan disetiap persoalan... apa yg hendak saya perkatakan disini adalah saya rasa gembira sekiranya saya ditakdirkn menjadi suri rumah, tetapi kalau diberi rezeki yg lebih insyll saya bekerja dengan izinNya...
Perubahan yg amat ketara sepanjang saya tidak bekerja, saya mampu menjadi master chef (msk untuk suami je) yg sebelum ini tak pandai masak, 2) setiap kali suami pulang bekerja saya bangga kerana boleh menyediakan makan minum setelah suami penat bekerja, dan saya berpuas hati semua keperluannya saya dapat memenuhi kehendaknya dan saya mengharapkan kesempurnaan untuknya, kerana saya menjanjikan yg terbaik untuknya sebagai seorang isteri. itu sebanarnya tugas saya sebagai seorang isteri misali... saya bangga jika suami memberi arahan, n arahan belia semua dibuat secara perfect dan baik, kerana disitu mendapat keberkatan dalam hidup saya, ingat syurga isteri dibawah tapak kaki suami....
nak saya cerita pengalaman terlampau panjang saya pun dah malas nak taip panjang2, cuma untuk perkongsian bersama, apa jua sekali pun ingat!!! kita jgn mudah berputus asa, selalu berdoa n berdoa meminta padaNya yg terbaik untuk kita...sekian...
KLau akak mampu memang tak nak keje nak jaga anak sendiri....
BalasPadamkak saya pun sama mcm akak, but org kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul, bukan xnak kerja, rezeki blm ada lagi...
BalasPadam